0
GULAI IKAN REMPAH BLEND

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Kehabisan stok rempah kari di dapur kini bukan lagi alasan.
Dengan rempah buatan sendiri, gulai idaman masih boleh tersedia di meja hidangan bila-bila masa

Resipi ditukil dari satu laman blog empat lima tahun lalu.
Nak entri hari ni search google cari balik blog tersebut, tak dapat dijejak.
Mujur lah saya dah print siap-siap dulu lepas tertarik dengan apa yang diwar-warkan oleh penyumbang resipi, kak Fatim.
Menurut kak Fatim, gulai/kari ni sedap sangat-sangat macam kari rempah giling.
Walaupun dipermudahkan dengan blender, hasilnya lebih kurang sama dengan rempah giling... cumanya kena blend berulang kali sampai betul-betul halus.


Saya follow as recipe.
Memang betul sedapp... cuma next time cili kena tambah lagi sikit for extra pedas
Part santan pula tiada sukatan tepat diberi, cuma dinyatakan rm1.
Kurang pasti seringgit banyak mana sebab sekarang santan bungkus paling kecil pun dah rm2.50... jika disukat anggaran secawan lebih sikit.
Jadi santan terpulang ikut sesedap tuan tangan yang memasak ya...


GULAI/KARI IKAN REMPAH BLEND
by IzaAkma SSK


BAHAN A (Dikisar sehingga lumat) :
  • 2 sdm Biji Ketumbar
  • 1 sdm Biji Jintan Manis
  • 2 sdm Biji Jintan Putih
  • (Biji rempah direndam terlebih dahulu selama 1-2 jam)
  • 10 tangkai Cili Kering (dibuang sebahagian biji dan direbus hingga lembut)
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 5 ulas Bawang Merah
  • 2 inci Kunyit Hidup
BAHAN B (Untuk ditumis) :
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 labu Bawang Besar dipotong dadu
  • 5 ulas Bawang Merah dihiris
  • 2 ulas Bawang Putih dihiris
  • 1 biji Buah Tomato dicincang
  • 1 sdm Halba Campur
  • 3 tangkai Daun Kari
BAHAN C (Dimasukkan kemudian) :
  • 1 mangkuk kecil Air Asam Jawa (dari sejemput asam jawa)
  • Santan RM1.00 [iza bubuh anggaran 1 cawan)]
  • Isi Ikan (Kacang-kacang/Bawal/Tenggiri atau lain-lain) [iza guna ikan merah]
  • 10 biji Kacang Bendi
  • 3 biji Buah Tomato dibelah empat
  • 4 biji Cili Hijau dibelah dua jangan putus
  • Garam secukup rasa


CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Panaskan minyak, tumis Bahan B sehingga garing, daun kari dimasukkan kemudian. Untuk mewangikan kari, perlahankan api dan tutup periuk semasa menumis, aroma wangi akan terperangkap di dalam periuk.
❀  Kemudian masukkan Bahan A dan kacau selalu untuk mengelakkan rempah hangit. Tutup periuk dan perlahankan api untuk mewangikan kari.
❀  Seterusnya masukkan air asam jawa, kacau campuran selalu. Sekiranya menggunakan ikan seludu, ploktan atau dari jenis yang agak liat, masukkan ikan ketika ini.
❀  Seterusnya masukkan santan dan kacau selalu. Sekiranya menggunakan ikan jenis lembut seperti kacang-kacang dan kembung, masukkan ikan pada step ini.
❀  Akhir sekali masukkan buah tomato dan kacang bendi, biar selama seminit dan tutup api. Selepas tutup api, taburkan cili hijau di dalamnya dan tutup periuk.





0 sweet comments: