2
KUIH LAPIS ROTI PAUN

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Jika ada lebihan roti yang dah tak dimakan ataupun yang dah hampir nak expired, jangan dibuang. Macam-macam kuih atau dessert boleh kita buat dengan roti. Sebelum ni saya dah post Kuih Lapis Gardenia yang menggunakan roti. Kali ni pun kuih lapis yang diadun dengan roti juga tapi resipi yang berlainan. Tak salah mencuba kan... untuk mempelbagai koleksi dan rasa... sekurangnya tidak lah terikat dengan satu resipi aje.

Jika Kuih Lapis Gardenia dulu menggunakan tepung beras dan sagu... lapis ini pula menggunakan campuran tepung beras, gandum dan jagung. Nahh tentunya memberi rasa yang berbeza biarpun masih guna roti di dalam bahan.


Lapisan boleh je ubah kaler apa suka. Kita yang buat dia... jadi terpulang pada kita nak buat macam mana pun. Layer last tu ntah kenapa ntah tetiba pi buh kaler hijau... asal nak bubuh kaler lain terbubuh hijau. Hmmm... apa-apa la... janji kuihnya sedap.

Cara saya...
- untuk dapatkan santan pekat dan santan cair, campurkan terlebih dahulu santan kotak dengan air ikut kesesuaian kepekatan dan kecairan
- rendam roti yang dicarik dengan santan Bahan A
- dah lembut, kisar halus 
- tuang dalam campuran tepung Bahan A, kacau rata dan sebati 
- masuk Bahan B yang dah suam, kacau rata dan sebati
- bahagi 2: 
# 1 bhg tambah pewarna merah/bright red & perisa rose
# 1 bhg biarkan plain 
# asingkan untuk satu layer & warnakan hijau
- kurangkan gula menjadi 1 cwn ~ tak suka manis
  

KUIH LAPIS ROTI PAUN
by IzaAkma SSK
source : Mommy Ryan Kitchen


BAHAN A :
  • 2 cwn Tepung Beras
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 2 sdm Tepung Jagung
  • 2 cwn Santan Pekat
BAHAN B :
  • 1 1/2 cwn Gula
  • 2 cwn Santan Cair
  • 1 cwn Santan Pekat
  • Secubit Garam
BAHAN C :
  • 3 keping Roti (dicarik dan rendam dalam air hingga lembut/hancur, kemudian kisar)

CARA PENYEDIAANNYA :
❀  Didihkan Bahan B sehingga gula hancur. Matikan api dan ketepikan seketika.
❀  Dalam mangkuk berasingan campurkan semua Bahan A + Bahan C, kacau rata dan sebati. Kemudian tuangkan Bahan B kacau sebati, tapiskan untuk mengelakkan tepung bergentel [iza kacau dengan whisk untuk dapatkan adunan yang halus, licin dan tidak bergentel... so tak perlu tapis]
❀  Bahagikan adunan kepada 2 warna atau ikut kesukaan.
❀  Panaskan kukusan. Loyang disapu dengan minyak dan alas dengan plastik tahan panas.
❀  Apabila air kukusan sudah mendidih, letakkan loyang dalam kukusan dan panaskan seketika. Setelah itu tuangkan 1 cawan adunan untuk lapisan pertama, kukus 5-7 minit. Tuangkan lapisan adunan seterusnya dan ulang proses melapis sampai habis.
❀  Untuk lapisan terakhir, kukus 30 minit atau sehingga masak.
❀  Pastikan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.





2 sweet comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Nooriah Abdullah said...

cantiknya Iza sayang je nak makan